Alat anda untuk kehidupan yang lebih bahagia dan lebih sihat

Automattic telah bekerjasama dengan Spring Health untuk menyediakan lawatan kesihatan mental & sumber pekerjaan-kehidupan di rantau anda, untuk anda dan tanggungan anda.Masukkan kod syarikat anda di bawah untuk bermula.

Cari ahli terapi dengan pantas

Mulakan dengan menghubungi salah seorang kaunselor kami yang akan bertanyakan beberapa soalan untuk memahami diri anda dan kesejahteraan mental anda dengan lebih jelas, sebelum anda dihubungkan dengan ahli terapi dalam tempoh 2 hari ataupun kurang.

Akses sumber untuk pekerjaan atau kehidupan peribadi

Semak imbas beribu-ribu artikel dan sumber tentang pelbagai topik - termasuklah perundangan, kewangan, penjagaan anak atau orang tua, perjalanan dan banyak lagi.

Sokongan khas daripada pakar profesional

Anda dan ahli terapi anda akan menyelaraskan jadual untuk membantu anda mencapai matlamat dan memastikan anda berada di landasan yang betul supaya berasa lebih ceria.Berhubung dengan salah seorang pakar domain kami dalam pelbagai topik pekerjaan/kehidupan tentang aspek khidmat nasihat yang bersesuaian, penyelidikan dan banyak lagi.

Manfaat Tambahan

Sebagai ahli Spring Health, anda mempunyai akses kepada sumber yang merangkumi pelbagai bidang kewangan, perundangan dan kehidupan pekerjaan. Semak imbas beribu-ribu artikel, berhubung dengan pakar bidang, dan banyak lagi.

Dapatkan Akses

Soalan Lazim

Bagaimanakah saya mendaftar?

Masukkan sahaja kod akses syarikat anda di atas (Sumber Manusia (HR), pentadbir atau pasukan manfaat anda seharusnya telah memberikan kod ini dalam sebarang komunikasi awal yang anda terima tentang manfaat Spring Health anda.) Dari situ, anda akan menerima nombor telefon untuk didail dan anda akan dihubungkan dengan kaunselor yang akan berusaha mendapatkan ahli terapi terbaik mengikut keperluan anda.

Bagaimanakah saya bermula dengan ahli terapi?

Setelah anda mendail nombor yang diberi, kaunselor akan bertanyakan beberapa soalan ringkas kepada anda tentang keadaan anda serta bertanya sama ada anda mempunyai sebarang keutamaan khusus berkaitan dengan ahli terapi. Dalam tempoh 2 hari perniagaan, anda akan dihubungi semula oleh kaunselor dengan maklumat hubungan ahli terapi dan anda boleh mula membuat tempahan janji temu.

Apakah bahasa pertuturan ahli terapi itu?

Ahli terapi itu akan bertutur dalam bahasa anda jika anda telah menjelaskan kepada kaunselor dalam panggilan awal sekiranya anda mempunyai sebarang keperluan bahasa yang khusus.

Di manakah lokasi ahli terapi itu?

Walaupun keutamaan teratas adalah untuk mencari ahli terapi yang bertutur dalam bahasa anda, kami juga cuba memastikan ahli terapi itu berada di dalam rantau anda untuk penyelarasan jadual yang lebih baik dan untuk memastikan kesesuaian budaya. Kebanyakan sesi dijalankan secara jarak jauh melalui sembang video tetapi jika anda inginkan sesi terapi secara bersemuka, sila nyatakan perkara ini kepada kaunselor anda semasa panggilan pengambilan dibuat.

Apakah itu Workplace Options? Apakah kaitan mereka dengan Spring Health?

Workplace Options (WPO) ialah salah sebuah penyelesaian kesejahteraan pekerja yang terbesar di dunia.Mereka menyediakan jaringan ahli terapi bertahap global yang meluas untuk majikan, berserta dengan perkhidmatan EAP tambahan supaya majikan dapat menyokong pasukan mereka dengan lebih baik lagi. Spring Health telah bekerjasama dengan WPO untuk membawakan terapi global dan perkhidmatan EAP tambahan kepada majikan yang memanfaatkan sokongan kami.

Apakah yang perlu saya lakukan jika saya mempunyai pertanyaan tambahan?

Jika anda mempunyai pertanyaan tambahan, anda boleh menghubungi Sumber Manusia (HR), pentadbir atau pasukan manfaat anda ataupun hubungi kami menerusi alamat https://www.springhealth.com/support.

Adakah anda menghadapi krisis pada masa ini?